expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Kembangkan Bisnes, Tambah Pendapatan

BERKEMBANG BERSAMA FARMASI

Apabila perniagaan berkembang, peluang pendapatan turut meningkat. Setiap langkah kejayaan membawa kepada pangkat yang lebih tinggi dan ganjaran yang lebih besar.

Apabila mencapai pangkat Manager, akan layak menerima Bonus Kepimpinan sebagai penghargaan atas usaha dan kejayaan membina pasukan. Jika pangkat Manager dikekalkan selama tiga bulan berturut-turut, kenaikan pangkat ke Director akan diberi, membuka lebih banyak peluang pendapatan dan ganjaran eksklusif di dalam syarikat. 

PELAN PAMPASAN FARMASI
8 Peluang Ganjaran Bersama FARMASI

Dalam bahagian seterusnya, setiap ahli akan mempelajari cara menjana pendapatan serta melihat contoh bagaimana komisen dan bonus dikira.

Semua komisen dan bonus ditentukan berdasarkan prestasi individu serta kumpulan dalam tempoh satu bulan kalendar.

Pengiraan prestasi dibuat berdasarkan jumlah jualan bersih, selepas ditolak cukai jualan, cukai perkhidmatan, dan caj berkaitan yang lain.

GLOSARI

AKTIF
Merujuk kepada sebaranga aktiviti penjualan seorang Farmasi Influencer (FI) dalam satu bulan kalendar.

FI AKTIF & FI LAYAK
Untuk layak kesemua bonus dan insentif FARMASI (FI Layak), FI hendaklah mencapai Jumlah Peribadi (PV) sebanyak 60 setiap bulan kalendar. Manakala untuk kekal aktif sahaja (FI Aktif), FI perlu mencapai jumlah peribadi (PV) sebanyak 60 dalam tempoh masa 6 bulan terkini.

TAHAP-TAHAP BONUS
Jumlah Kumpulan (GV) anda menentukan peratusan Tahap Bonus anda. Ia digunakan untuk menentukan pangkat anda dan pengiraan komisen.

MANAGER VS DIRECTOR
FI yang mendapat pangkat Manager untuk 3 bulan berturut-turut akan dinaikkan pangkat kepada Director.

AHLI / PENGEDAR BARISAN BAWAH
Setiap FI yang anda taja secara langsung dan yang ditaja oleh rangkaian di bawah anda dikenali sebagai ahli/pengedar bawahan.

AHLI / PENGEDAR BARISAN HADAPAN
Setiap FI yang anda taja secara langsung akan dikenali sebagai generasi pertama anda atau pengedar barisan hadapan.

TEMPOH BERTENANG
Bermula dari tarikh pendaftaran anda dan untuk menyertai Program Selamat Datang, anda haruslah mencapai 60 Jumlah Peribadi (PV) pada hari terakhir setiap bulan kalendar. Jika anda tidak boleh meraihnya, tempoh ini akan dipanjangkan sehingga hari terakhir bulan kalendar berikutnya walaupun jumlah peribadi dan kumpulan akan bermula semula dari sifar. Ini adalah satu-satunya tempoh lanjutan yang diberikan untuk mencapai matlamat anda.

GENERASI
FI yang anda taja secara langsung dikenali sebagai generasi pertama. FI yang ditaja oleh generasi pertama anda dikenali sebagai generasi kedua anda dan begitulah seterusnya.

JUMLAH PERIBADI (PV)
Setiap kali produk dibeli daripada FARMASI, anda akan mendapat PV. Jumlah pembelian anda dan pelanggan runcit anda dari pautan peribadi FARMASI dipanggail Jumlah Peribadi (PV).

JUMLAH KUMPULAN (GV)
Jumlah Kumpulan dikira dengan menambah Jumlah Peribadi (PV) anda sendiri dan Jumlah Peribadi (PV) setiap ahli kumpulan anda, termasuk semua generasi.

JUMLAH KUMPULAN KEPIMPINAN (LGV)
Bonus Kepimpinan Kumpulan anda adalah dikira berdasarkan jumlah kumulatif terkumpul FI yang ditaja anda secara langsung yang mencapai Tahap Bonus 25%, 22% dan 18%.

KAKI
FIyang mencapai Tahap Bonus 25%.

GELARAN PANGKAT
Gelaran Pangkat anda adalah berdasarkan penjualan peribadi anda dan kumpulan anda.

MATA SAMPINGAN
Mata Sampingan dikira mengikut Jumlah Kumpulan (GV) anda ditolak dengan Jumlah Kumpulan (GV) kesemua FI yang mencapai Tahap Bonus 25% dan seorang FI dengan Jumlah Kumpulan (GV) tertinggi yang mencapai Tahap Bonus 22% atau 18% yang ditaja secara langsung oleh anda. Mata Sampingan ini digunakan untuk menentukan pencapaian pangkat anda.

AKAUN FI DITUKAR KEPADA AKAUN PELANGGAN (B2C)
Akaun Farmasi Influencer (FI) akan ditukar kepada akaun pelanggan jika jumlah PV kekal di bawah 60 selama enam bulan berturut-turut, atau jika tiada pembelian direkodkan dalam tempoh 60 hari (bersamaan dengan dua bulan).

MATA GELARAN PANGKAT
Mata Gelaran Pangkat dikira berdasarkan gelaran pangkat setiap FI yang anda taja secara langsung.

Jadi Sebahagian Daripada Farmasi Influencer!
Bina jenama diri, kongsi kebaikan produk berkualiti, dan nikmati ganjaran lumayan dari Farmasi.
Sertai kami hari ini dan cipta peluang pendapatan tanpa had!
Klik untuk daftar sekarang: DAFTAR FARMASI INFLUERCER
Nak daftar melalui whatsApp klik di sini: DAFTAR F. INFLUERCER WHATSAPP