
SELAMAT DATANG KE KELUARGA FARMASI
Perjalanan anda menuju kejayaan bermula di sini!
Selamat datang ke dunia penuh peluang dan keindahan bersama FARMASI, jenama kecantikan, penjagaan diri, isi rumah dan kesihatan bertaraf antarabangsa!
Kami antara syarikat jualan langsung yang berkembang paling pesat di dunia, dengan lebih 4 juta Farmasi Influencer berkongsi misi yang sama, meraikan kecantikan dan keperibadian sebenar setiap insan.
Di FARMASI, kami percaya bahawa setiap orang berhak kelihatan dan berasa terbaik. Sebab itu, kami menawarkan produk inovatif, berkualiti tinggi dan berasaskan bahan semula jadi yang terbukti keberkesanannya.
Tapi bukan itu saja, kami juga komited membantu lebih ramai orang mencapai kejayaan, kebebasan dan kehidupan yang mereka impikan.
Sejak lebih 70 tahun lalu, kami berpegang teguh pada nilai kejujuran dan integriti, seperti yang diasaskan oleh Dr. C. Tuna, pengasas dan datuk kami.
Daripada kilang kami di Omerli, Istanbul (Turki), antara kampus kosmetik terbesar di dunia, kami terus menghasilkan produk dengan kualiti terbaik untuk semua.
Kami bangga dengan perjalanan ini, dan lebih teruja melihat bagaimana anda akan berkembang bersama kami.
Hidup ini tentang mencipta pengalaman, membantu orang lain, meluangkan masa dengan keluarga dan sahabat, serta berani bermimpi besar. Kerana bila anda percaya dan berusaha, impian pasti jadi kenyataan!
.png)
Kisah Inspirasi Dr. Cevdet Tuna
Lebih 70 tahun lalu, Dr. Cevdet Tuna, salah seorang doktor pertama di Turki, telah memulakan perjalanan hebat dengan menubuhkan FARMASI. Beliau juga mengasaskan Kilang Farmaseutikal Tege, antara kilang farmaseutikal pertama di Turki.
Dr. Tuna ialah seorang perintis yang berdedikasi, beliau memformulasikan pelbagai produk ubatan awal di Turki, termasuk ubat batuk, ubat tahan sakit, krim melecur dan lozeng batuk.
Sejak tahun 1950, apabila beliau mula terlibat dalam dunia kecantikan dan kesihatan, Dr. Tuna menanam asas kepada jenama yang kini kita kenali dan banggakan, FARMASI.
Seiring berjalannya masa, FARMASI berkembang sebagai jenama inovatif dan dipercayai di seluruh dunia, sentiasa memahami keperluan pelanggan dan komuniti Farmasi Influencer kami.
Dr. C. Tuna amat menyayangi bidang yang beliau ceburi. Beliau percaya bahawa setiap individu adalah aset paling berharga dalam sesebuah syarikat. Atas sebab itu, beliau banyak melabur dalam pendidikan, pembangunan diri dan semangat kerjasama, menjadikan FARMASI bukan sekadar jenama, tetapi keluarga yang saling menyokong untuk berjaya bersama.
Kehidupan Didedikasikan untuk Kejayaan.
Setiap produk diformulasikan daripada bahan terbaik, diuji secara dermatologi, dan disahkan halal, supaya setiap penggunaan memberi rasa yakin dan selamat.
Segalanya dibuat dengan teliti demi memastikan kualiti, keselamatan dan kepuasan pengguna sentiasa diutamakan.
Diiktiraf Halal
Semua produk FARMASI diiktiraf halal dan mematuhi piawaian tertinggi dari segi kualiti serta garis panduan Islam.
Pensijilan halal ini turut diiktiraf oleh JAKIM melalui Badan Pensijilan Halal Asing (FHCB), menjadikan setiap produk terjamin halal, selamat dan boleh digunakan dengan penuh keyakinan.
Peluang yang Mengubah Hidup
Ingin menambah pendapatan atau memulakan perniagaan sendiri dengan modal yang rendah?
Pelan pampasan FARMASI direka khas untuk membantu mencapai kejayaan dengan lebih cepat, sama ada sebagai usahawan sepenuh masa atau dilakukan secara sambilan.
Ramai telah berjaya merealisasikan impian bersama FARMASI, dan kini peluang yang sama terbuka untuk semua yang ingin melangkah ke arah kehidupan yang lebih baik.
Didorong oleh Inovasi
Dengan fasiliti moden kami, FarmaCity — salah satu pusat pengeluaran kosmetik terbesar di Eropah, FARMASI melancarkan lebih 250 produk baru setiap tahun!
Dilengkapi teknologi terkini dan sistem automasi penuh, kami sentiasa menawarkan produk inovatif, moden dan berkesan yang memenuhi keperluan semasa dunia kecantikan.
Perkhidmatan Terbaik dalam Kelasnya
Kami bangga dengan servis pantas, boleh dipercayai dan profesional.
Setiap pesanan disiapkan dalam masa 24 jam, dihantar tepat waktu dan sampai dalam keadaan sempurna.
Kini FARMASI beroperasi di Amerika Syarikat, Turki dan lebih 40 negara, memastikan semua pelanggan dan Farmasi Influencer menikmati pengalaman membeli yang mudah, cepat dan menyenangkan.
Revolusi Global dalam Dunia Kecantikan
FARMASI bukan sekadar jenama, ia adalah gerakan kecantikan global. Dengan kehadiran di lebih 40 negara dan terus berkembang, kami menakrifkan semula erti kecantikan dan membuka peluang besar untuk semua di seluruh dunia.
Budaya Keluarga FARMASI
Kejayaan FARMASI berasaskan hubungan yang ikhlas dan semangat kekeluargaan yang kuat.
Kami sentiasa mendengar, menyokong dan berkembang bersama seluruh komuniti Farmasi Influencer di seluruh dunia.
Di dalam keluarga ini, setiap suara didengar, setiap pendapat dihargai, dan setiap kejayaan diraikan bersama.
Kepercayaan Syarikat
Di FARMASI, kami percaya pada kuasa kecantikan. Setiap wanita berhak berasa cantik, yakin, dan berkuasa dengan cara tersendiri.
Kami percaya bahawa kecantikan sejati mampu menyatukan manusia, membina komuniti yang positif dan saling menyokong. Kecantikan bukan hanya pada luaran, ia juga lahir dari dalam diri. Sebab itu, kami meraikan setiap warna kulit, bentuk tubuh, budaya dan latar belakang.
Kami percaya pada kuasa ekspresi diri, memberi peluang kepada setiap wanita untuk mencipta kehidupan yang diimpikan, penuh dengan kebahagiaan, kejayaan dan kebebasan. Di FARMASI, kami menyediakan alat, peluang dan sokongan untuk membantu mencapai kepuasan dan kejayaan sebenar dalam hidup.
Kami juga percaya pada kuasa niat yang baik. Hidup seseorang tidak ditentukan oleh keadaan semasa, tetapi oleh apa yang boleh dicapai apabila diberi peluang.
Bagi kami di FARMASI, langit bukan hadnya, setiap Beauty Influencer berpeluang mencapai kejayaan tertinggi, tanpa mengira tempat tinggal atau asal usul.
Kami berpegang teguh pada nilai integriti dan kejujuran. FARMASI tidak pernah melakukan ujian terhadap haiwan, dan kami sentiasa menggunakan bahan semula jadi, berkesan dan berkualiti tinggi untuk menghasilkan produk premium yang selamat untuk seluruh keluarga.
Yang paling penting, setiap individu adalah sebahagian daripada keluarga FARMASI. Kami percaya pada kuasa memperkasa, membantu wanita dan lelaki di seluruh dunia memperbaiki kehidupan mereka melalui peluang jualan langsung yang adil dan lumayan.
Bersama FARMASI, kami bukan sekadar membina perniagaan, kami melahirkan pemimpin, individu yang mampu mengubah bukan sahaja komuniti mereka, tetapi juga dunia.
PRODUK KAMI
DiFARMASI, kami menawarkan pelbagai produk untuk memenuhi keperluan seisi keluarga anda. Daripadaalatsole kan ke penjagaan kulit dan kesihatan, produk kami dicipta secara spesifik untukmemperbaiki gaya hidup sihat anda dengan membuat hari anda lebih mudah dan sihat.
DR.C. TUNA
Produk Dr. C. Tuna membawa kebaikan sains dan semulajadi bersama, mencipta produk yang menawarkan solusi peribadi. Kami mengutamakan kualiti dan prestasi dengan menghasilkan produk berinovasi , berkelebihan santifik dan berorientasikan solusi di makmal FARMASI yang dilengkapi teknologi terkini.
WARNA FARMASI
FARMASI kosmestik menuju ke arah keseimbangan yang sempurna, memberikan produk kecantikan mengikut peredaran masa untuk artis solekan dan pengguna harian pelbagai umur dan etnik yang mencari alat solekan yang berkualiti tinggi. Kini setiap orang mempunyai akses untuk kelihatan dan merasa cantik dengan harga yang berpatutan pada masa kini.
NUTRIPLUS
Kecantikkan bermula dari dalam dengan gaya hidup yang sihat dan memberikan tubuh anda apa yang diperlukan untuk menjalaninya. Dalam kehidupan yang sentiasa bergerak, ia boleh menjadi susah mendapatkan apa yang diperlukan tubuh daripada pemakanan kita. Inilah penyebab kami mencipta Nutriplus. Solusi nutrisi berkualiti dicipta untuk meningkatkan dan gaya hidup anda. Produk Nutriplus membuatkan impian anda lebih mudah dicapai, dan apabila anda berasa lebih bagus, anda kelihatan lebih bagus.
Kecantikkan bermula dari dalam dengan gaya hidup yang sihat dan memberikan tubuh anda apa yang diperlukan untuk menjalaninya. Dalam kehidupan yang sentiasa bergerak, ia boleh menjadi susah mendapatkan apa yang diperlukan tubuh daripada pemakanan kita. Inilah penyebab kami mencipta Nutriplus. Solusi nutrisi berkualiti dicipta untuk meningkatkan dan gaya hidup anda. Produk Nutriplus membuatkan impian anda lebih mudah dicapai, dan apabila anda berasa lebih bagus, anda kelihatan lebih bagus.




